BAB 2-Sistem Peredaran Darah Dalam Badan Manusia

SISTEM PEREDARAN DARAH DALAM BADAN MANUSIA


Jantung merupakan antara organ yang paling penting dalam badan manusia. Jantung juga adalah organ yang tidak pernah berhenti berdegup dalam menjalankan tugas mengepam darah ke seluruh badan kecuali mati.

Struktur jantung manusia

Jantung adalah berbentuk kon. Genggam jari anda sebesar penumbuk, dan itulah lebih kurang saiz jantung kita. Dikatakan bahawa jantung juga akan berhenti berdegup seketika semasa kita bersin. Jadi, jangan bersin lama-lama, takut nanti jantung berhenti terus. LOL!

Jantung juga merupakan organ pertama yang tercipta saat pembentukan bayi, iaitu kira-kira 4 minggu setelah bercantumnya sperma dan ovum. Pusaran cap jari kita terbentuk kerana pergerakan dan saluran darah semasa kita bayi dulu!



Salur darah manusia arteri vena dan kapilari


Terdapat 3 jenis salur darah yang ada dalam badan manusia, iaitu kapilari, arteri dan vena

KAPILARI
Kapirlari adalah salur darah yang paling kecil. Salur darah ini sangat nipis, dan ini membenarkan berlakunya pertukaran bahan-bahan antara darah dan badan.

ARTERI
Arteri adalah salur darah yang tebal dan membawa darah keluar dari jantung. Kenapa perlu tebal? Sebab tekanan tinggi diperlukan untuk mengepam darah ke seluruh badan. Kalau nipis, mungkin salur akan pecah akibat tak mampu menanggung tekanan tersebut.

VENA
Vena adalah salur darah yang membawa darah ke jantung. Uniknya vena, kerana ia nya mempunyai struktur "penghalang" disebut sebagai injap. Injap akan menghalang darah tidak beroksigen daripada berpatah balik dan bercampur dengan darah yang beroksigen.



Sistem peredaran darah dalam badan manusia


Gambar di atas adalah proses yang menerangkan bagaimana darah beredar dalam badan kita. Hmm susah nak hafal kan? OK, saya dah ringkaskan dalam bentuk jadual untuk memudahkan penghafalan murid.


cara mudah hafal Sistem peredaran darah dalam badan manusia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan